masuk harini genap seminggu i kerja part time di salah sebuah restoran terkenal di malaysia. Gituuu ayat. So, this piece of mind came out as soon as i habis selesai cuci apron semua lah. Ibarat ika teriyaki (sotong bakar in japanese) yang baru keluar dari grill nya. Fresh punya.
I kerja part time ni, i dapat bahagian kitchen. Plus, my ktichen leader happen to be a nepalese. Alah, bukan dia sorang je. There are few of them. Shiva the kitchen leader, kamal the daddy type, ramesh the flirty one, and jiben the clumsiest. All of them sangat hard working. I repeat, sangat. Yelah kan, diorang pendatang asing kan.
So, after closing malam tadi, diorang mintak tumpang hantar kan ke rumah diorang. Like seriously, rumah diorang just infront of the mall kot. cuma kalau berjalan tu rasa lah macam ala ala merentas desa jaraknya tu. I was not alone btw. So, sambung balik. Dengan bernasib malangnya, masa otw tu ada pulak roadblock, and for sure lah kena tahan because i bawak empat orang nepal, berhimpit dekat sit belakang. thats quite an issue for police, okay. dan sekali lagi dengan bernasib malangnya, ramesh the flirty one, something is wrong with his permit. permit dia hanyalah di dalam kawasan kuala lumpur, and obviously we were not in kl though. Kemudian, pakcik polis dengan rakusnya, asked me to get out from the car, serahkan lesen, serahkan ic. Sambil suruh serahkan tu, sempat pulak he said something harsh, 'bukan main nak buat khidmat masyarakat kat pendatang ni ha'.
Amboi pakcik.
Kemudian he said, 'awak ni boleh kena tahan lokap etc etc etc, awak ni dikira bawak pendatang haram ni, permit dia di luar kawasan awak tahu tak ?'. (Nada seorang polis)
I said, 'ini first time bang, esok saya masuk kerja saya bagitau manager eyh'
he said, 'first time tak first time. dah dah diorang turun jalan balik sendiri. kau balik.'
Conversations end.
First of all, im not trying to blame the pakcik polis yang dengan jayanya menjalankan tugas beliau in the middle of the night itu. Tahniah pakcik, well done. Inilah produk BTN yang kita mahukan. btw, do you know what is BTN ? Erm, dekat dalam tu you have to think KBAT-ly. Like seriously, you have to be really KBAT, just from a picture of a frog. Daripada gambar katak itu, what can you get if you think of it KBAT-ly. The answer, you'll get a horse if you terbalikkan the gambar. Thats so KBAT right ?! wehuuu, think outside of the box gitu.
Sambung.
first, i know pakcik polis sedang menjalankan tanggungjawab menjaga kita semua from keganasan pendatang asing ni semua. Keganasan mereka iaitu bekerja keras. Second, nama pon pendatang asing kan, who would be nice to them right. bertembung dalam mydin, siap tahan nafas kalau lalu sebelah. Just because the body odour, perghhh takde orang boleh lawan. Third, this maybe the most improtant one is, i tompang kan diorang dengan niat baik, sebab masing masing penat. Closing restoran is not something easy, dapat lagi kedai makanan berat. Cuci lantai, cuci longkang, cuci everything lah, sebab nak pastikan kebersihan tip top. Tahap kelenguhan kaki, hanya tuhan saja yang tahu. So, sebab tu i tumpangkan all those nepalese. Bukan KHIDMAT MASYARAKAT, its HUMANITY.
I couldnt imagine if my father in their place. three of them ada anak bini, enam tahun sekali baru balik nepal. just imagine ?
Mungkin, ada antara mereka yang datang malaysia negara bertuah ini, buat kacau. Merompak merogol and etc. Yet, banyak antara mereka yang sangat hardworking. As i mentioned earlier. They work hard kot. Work hard sampai bangla kat low yat tempat repair cpu tu boleh own a second hand proton wira by cash kot. Jangan jeles. Next, Diorang datang sini gaji kecik. I part time sejam RM 5. Diorang RM 3. Okay, fair enough, thats the main reason kita hire pekerja asing, sebab diorang murah. Orang kita taknak gaji murah, tak cukup nanti nak pergi cafe hipster semua.
Okay, i tak nampak dah the coherency of my writing ni. I sentuh banyak sangat perkara. Hahahaha.
Apa apa je lah. I think you have the gist of the idea yang i cuba deliver right. Fikir lah.
Nah,belanja sikit gambar negara nepal.
Itulah gunung everest. Alaaah, gunung yang paling tinggi di dunia tu. eyh, dunia kan ?
Google lah lagi nepal, subhanallah cantik nya tempat diorang, speechless.
Xoxo, mardhiyatun.
*the concept is almost the same. kita look upon their place yang allah had created, sangat cantik. Kita sanggup bayar untuk ke sana. Meanwhile, they look upon our place, sebab kita bertuah, negara kita maju. Maju pon sebab Allah yang benarkan it to happen. Setakat minyak takde subsidi tu, orang kerja kilang anak 8 orang insyaallah boleh survive kan ? Mungkin.

Alar2 cerpen pendek ni kak nisa ��
ReplyDelete